“BESTulis” Panduan aktiviti intervensi pengajaran kemahiran tulisan tangan oleh Dr Mahfuzah Zainol adalah sebuah modul tulisan tangan yang dirancang untuk mempermudahkan proses pembelajaran tulisan tangan bagi kanak-kanak. Modul di dalam buku ini dibuat berdasarkan prinsip tulisan tangan yang harus di ajarkan dengan cara yang mudah, berkesan, dan menyenangkan untuk anak-anak.
UNTUK SIAPA BUKU INI?
BUKU APA YANG TERDAPAT DALAM SET BESTULIS INI?
1.PANDUAN AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN TULISAN TANGAN
Buku ini memaparkan panduan aktiviti intervensi yang boleh di lakukan oleh guru, ibu bapa dan ahli terapi cara kerja untuk membantu aspek tulisan tangan kanak-kanak.
Buku ini juga mempunyai tips, strategi dan panduan untuk melatih kanak-kanak dalam kemahiran tulisan tangan.
Buku ini menerangkan tentang bahan bantu , Konsep Guided Practice dalam Kemahiran Tulisan Tangan , Pensel, Alat Bantuan, Posisi, Kertas, kriteria kemahiran Tulisan Tangan,Perletakan hurus di atas Garisan , saiz huruf yang sesuai, jarak antara Perkataan dan Kepantasan Tulisan Tangan.
2.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI KESEDIAAN TULISAN TANGAN
Buku ini menerangkan tentang bagaimana melakukan aktiviti latihan menconteng seperti conteng secara menegak, conteng secara membulat, dan conteng secara berombak.
Buku ini juga menjelaskan tentang aktiviti latihan meniru berdasarkan carta pra tulisan tangan, meniru lukisan, latihan menekap, latihgan garis lurus, garis melintang, garis condong, garis melengkung, garis kompleks dan latihan menyalin.
3.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI HURUF BESAR
Buku ini menerangkan tentang bagaimana melakukan aktiviti latihan menulis huruf besar mengikut kategori huruf seperti kategori tegak berdiri , kategori berdiri tengah, kategori tegak lengkung, kategori tegak longsor, kategori condong sendeng , kategori bulatan dan kategori susur lenggok.
4.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI HURUF KECIL
Buku ini menerangkan tenatang bagaimana melakukan aktiviti latihan menulis huruf kecil mengkut kategori huruf sperti kategori huruf comel , kategori huruf gelongsor, kategori huruf tegak, kategori huruf magika , kategori huruf berekor dan kategori huruf istimewa.
5.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI NOMBOR
Buku ini menerangkan tentang bagaimana melakukan aktiviti latihan menulis nombor mengikut kategori nombor 1 hingga 9 dan menyalin nombor 1 hingga 9.
6.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI MENYALIN
Buku ini menerangkan tentang bagaimna melakukan aktiviti latihan menyalin perkataan, menyusun semula perkataan dan menyalin ayat.
7.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI TULIS SENDIRI
Buku ini menerangkan tentang bagaimana melakukan aktiviti latihan menulis sendiri secara berdikari dan menulis jurnal ringkas.
Siapakah Penulis Buku Ini
Dr Mahfuzah Zainol
Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda dalam bidang Terapi Carakerja dari University of Cardiff, Wales, United Kingdom. Memperolehi Sarjana dalam bidang Pendidikan Khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah (Terapi Carakerja) di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Putrajaya di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beliau menjalankan intervensi awal untuk kanak-kanak dan intervensi terapi carakerja untuk murid berkeperluan khas. Beliau sering menyampaikan bengkel dan ceramah kepada guru-guru pendidikan khas di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Beliau juga sering terlibat dalam penghasilan instrumen dan adaptasi kurikulum untuk kegunaan murid berkeperluan khas bersama Kementerian Pendidikan.
Beliau turut dilantik sebagai pakar bidang khusus oleh organisasi antarabangsa The Southest Asian Minister of Education Organization For Special Educational Needs (SEAMEO SEN).
Beliau mendapat latihan pensijilan dalam bidang Sensory Integration dari University of Southern California (USC) di United States dan merupakan Handwriting Specialist setelah mendapat latihan pensijilan di Learning Without Tears di United States.
Beliau dianugerahkan Ijazah kedoktoran dalam bidang Terapi Cara Kerja dari Universiti Kebangsaan Malaysia khusus berkaitan pembangunan modul dan garis panduan kemahiran tulisan tangan kanak-kanak.
Apakah manfaat memiliki buku ini?
Copyright 2024. All rights reserved |Terms & Conditions