Set 7 Buku Panduan Aktiviti Intervensi Pengajaran Kemahiran Tulisan Tangan

“BESTulis” Panduan aktiviti intervensi pengajaran kemahiran tulisan tangan oleh Dr Mahfuzah Zainol adalah sebuah modul tulisan tangan yang dirancang untuk mempermudahkan proses pembelajaran tulisan tangan bagi kanak-kanak. Modul di dalam buku ini dibuat berdasarkan prinsip tulisan tangan yang harus di ajarkan dengan cara yang mudah, berkesan, dan menyenangkan untuk anak-anak.

  • Buku ini memaparkan panduan aktiviti intervensi yang boleh di lakukan oleh guru, ibu bapa dan ahli terapi cara kerja untuk membantu aspek tulisan tangan kanak-kanak.
  • Buku ini juga mempunyai tips, strategi dan panduan untuk melatih kanak-kanak dalam kemahiran tulisan tangan.
  • Set 7 buah buku ini terdiri dari Pengajaran Kemahiran Tulisan Tangan, Kesediaan Tulisan Tangan,Intervensi Huruf Besar, Intervensi Huruf Kecil, Intervensi Nombor, Intervensi Menyalin dan Intervensi Tulis Sendiri
  • Buku ini memberi penekanan khusus pada pengembangan kemahiran motor halus yang diperlukan untuk tulisan tangan yang baik, termasuk koordinasi mata dan tangan serta kekuatan jari.
  • Buku ini sesuai untuk pelbagai jenis pelajar, termasuk mereka yang mempunyai kesukaran belajar atau keperluan khas. Pendekatannya yang fleksibel dan mudah disesuaikan membuatnya menjadi pilihan yang popular di kalangan guru dan terapis.


Contoh isi kandungan

UNTUK SIAPA BUKU INI?

  • Ibu bapa yang ingin membantu anak-anak mereka memahami huruf-huruf dan membina kemahiran menulis sebelum mereka masuk ke dalam sistem pendidikan formal.
  • Guru-guru PPKI yang mempunyai anak murid yang mempunyai keperluan khas atau kesukaran dalam pembelajaran tulisan tangan, kerana buku ini menawarkan latihan-latihan yang sederhana dan mudah diikuti.
  • Guru-guru yang ingin membantu anak-anak mengembangkan keterampilan menulis mereka dengan cara yang terstruktur dan mendidik.
  • Ibu bapa yang ingin menyokong pembelajaran anak mereka di rumah. Ia menyediakan panduan dan bahan yang mudah diikuti yang dapat digunakan di rumah.
  • Kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas atau kesukaran dalam pembelajaran tulisan tangan, kerana buku ini menawarkan latihan-latihan yang sederhana dan mudah diikuti.

BUKU APA YANG TERDAPAT DALAM SET BESTULIS INI?

1.PANDUAN AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN TULISAN TANGAN

Buku ini memaparkan panduan aktiviti intervensi yang boleh di lakukan oleh guru, ibu bapa dan ahli terapi cara kerja untuk membantu aspek tulisan tangan kanak-kanak.

Buku ini juga mempunyai tips, strategi dan panduan untuk melatih kanak-kanak dalam kemahiran tulisan tangan.

Buku ini menerangkan tentang bahan bantu , Konsep Guided Practice dalam Kemahiran Tulisan Tangan , Pensel, Alat Bantuan, Posisi, Kertas, kriteria kemahiran Tulisan Tangan,Perletakan hurus di atas Garisan , saiz huruf yang sesuai, jarak antara Perkataan dan Kepantasan Tulisan Tangan.

2.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI KESEDIAAN TULISAN TANGAN

Buku ini menerangkan tentang bagaimana melakukan aktiviti latihan menconteng seperti conteng secara menegak, conteng secara membulat, dan conteng secara berombak.

Buku ini juga menjelaskan tentang aktiviti latihan meniru berdasarkan carta pra tulisan tangan, meniru lukisan, latihan menekap, latihgan garis lurus, garis melintang, garis condong, garis melengkung, garis kompleks dan latihan menyalin.

3.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI HURUF BESAR

Buku ini menerangkan tentang bagaimana melakukan aktiviti latihan menulis huruf besar mengikut kategori huruf seperti kategori tegak berdiri , kategori berdiri tengah, kategori tegak lengkung, kategori tegak longsor, kategori condong sendeng , kategori bulatan dan kategori susur lenggok.

4.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI HURUF KECIL

Buku ini menerangkan tenatang bagaimana melakukan aktiviti latihan menulis huruf kecil mengkut kategori huruf sperti kategori huruf comel , kategori huruf gelongsor, kategori huruf tegak, kategori huruf magika , kategori huruf berekor dan kategori huruf istimewa.

5.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI NOMBOR


Buku ini menerangkan tentang bagaimana melakukan aktiviti latihan menulis nombor mengikut kategori nombor 1 hingga 9 dan menyalin nombor 1 hingga 9.

6.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI MENYALIN

Buku ini menerangkan tentang bagaimna melakukan aktiviti latihan menyalin perkataan, menyusun semula perkataan dan menyalin ayat.

7.PANDUAN AKTIVITI INTERVENSI TULIS SENDIRI

Buku ini menerangkan tentang bagaimana melakukan aktiviti latihan menulis sendiri secara berdikari dan menulis jurnal ringkas.

Siapakah Penulis Buku Ini

Dr Mahfuzah Zainol

Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda dalam bidang Terapi Carakerja dari University of Cardiff, Wales, United Kingdom. Memperolehi Sarjana dalam bidang Pendidikan Khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah (Terapi Carakerja) di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Putrajaya di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau menjalankan intervensi awal untuk kanak-kanak dan intervensi terapi carakerja untuk murid berkeperluan khas. Beliau sering menyampaikan bengkel dan ceramah kepada guru-guru pendidikan khas di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Beliau juga sering terlibat dalam penghasilan instrumen dan adaptasi kurikulum untuk kegunaan murid berkeperluan khas bersama Kementerian Pendidikan.

Beliau turut dilantik sebagai pakar bidang khusus oleh organisasi antarabangsa The Southest Asian Minister of Education Organization For Special Educational Needs (SEAMEO SEN).

Beliau mendapat latihan pensijilan dalam bidang Sensory Integration dari University of Southern California (USC) di United States dan merupakan Handwriting Specialist setelah mendapat latihan pensijilan di Learning Without Tears di United States.

Beliau dianugerahkan Ijazah kedoktoran dalam bidang Terapi Cara Kerja dari Universiti Kebangsaan Malaysia khusus berkaitan pembangunan modul dan garis panduan kemahiran tulisan tangan kanak-kanak.

Apakah manfaat memiliki buku ini?

Set Buku “BESTulis” ini menawarkan beberapa manfaat penting yang dapat membantu dalam pembelajaran dan pengajaran tulisan tangan terutamanya bagi kanak-kanak. Berikut adalah beberapa manfaat utama modul buku ini:

  • Pendekatan Berperingkat dan Sistematik: Buku set “BESTulis” ini menawarkan pendekatan berperingkat dalam mengajar tulisan tangan, bermula dari asas hingga ke tahap yang lebih maju. Ini memastikan bahwa pelajar membangun kemahiran mereka secara beransur-ansur dan sistematik.
  • Meningkatkan Keyakinan dan Motivasi: Dengan menyediakan latihan yang menarik dan boleh dicapai, program ini membantu meningkatkan keyakinan dan motivasi kanak-kanak dalam belajar tulisan tangan.
  • Meningkatkan Keterampilan Akademik: Kemahiran tulisan tangan yang baik adalah penting untuk kejayaan akademik. Program ini membantu pelajar mengembangkan tulisan tangan yang rapi dan mudah dibaca, yang penting untuk tugas-tugas sekolah dan peperiksaan.
  • Secara keseluruhannya, Buku set “BESTulis” ini memberikan tips, strategi dan panduan untuk melatih kanak-kanak dalam kemahiran tulisan tangan.
PRESINT 17 ,62150 PUTRAJAYA
sensorifu@gmail.com
011 1563 8525